Saturday, November 25, 2017

4 Sebab Kenapa Kak Sar menulis

Kenapa, kenapa da kenapa kakSar pilih untuk menulis? Sebilangan orang memang suka menulis kerana ingin meluahkan rasa yang terbuku di hati, apa yang difikirkan dan apa yang akan dilakukan.


Ada 5 sebab kak Sar suka nak menulis.
Yang pertama, kak Sar tak mahu terlupa apa yang telah kak Sar pelajari atau dapati. Ilmu, pengetahuan, pengalaman, hobi dan pelbagai perkara yang ingin dingati boleh dirakam dan disimpan sempurna termasuklah ucapan atau perkataan berbisa fuh..
Yang kedua, kakSar mahu tulisan kakSar ni dibaca oleh anak-anak sebagai kenangan ibu dia ketika masih hidup. Moga-moga catatan ini menjadi panduan termasuklah resepi, petua, doa dan pesan-pesanan yang boleh kakSar tinggalkan kepada mereka.
 Tiga perkara yang tidak akan putus daripada dunia ye anak-anak
  1. Ilmu bermanfaat
  2. Doa anak soleh dan solehah
  3. Sedekah
Yang ketiga, bercerita tentang ilmu bermanfaat, moga-moga tulisan kakSar ni boleh memberi kebaikan kepada pembaca. Salah satu cara untuk kaksar memberi kepada masyarakat kita.

Sebagaimana hadis

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Hadits ini dishahihkan oleh al Albani didalam “ash Shahihah” nya.

Yang keempat, kakSar nak rekodkan pengalaman hidup yang penting supaya boleh menghadapi pengalaman sama akan datang dengan lebih baik dan matang. 

Pembaca yang suka menulis blog, kome menulis sebab apa?

KakSar
Menulis rasa puas

No comments:

Post a Comment