Saturday, October 12, 2019

KakSar bersalin lagi!

Salam pembaca blog kak Sar. Tahun 2018 dan 2019 tahun mengandung lagi selepas bersalinkan anak keempat pada 4 Oktober 2017.

Anakku setahun sebulan, maka bila diuji, double line merah selepas menunggu period yang tak kunjung tiba selama sebulan😂😂😂

Bermula lah episod mengandung lagi... Hahaha memang tak sangka. Rupanya perancangan Allah Maha Baik.

Pada bulan Julai, lahirlah seorang putera buat keluarga kakSar yang ditunggu (jika dah di takdirkan rezeki, tak dapat takpe)

Alahan sikit sikit je sama macam kandungan lepas. Tapi kali ni mengandung mak ai pemalas ya amat. Tapi sebab tanggungjawab, kak Sar buat juga kerja2 rumah yang sepatutnya. Yang paling ketara, bab basuh baju.

Bersalin lebih awal sebulan, at 35w 6d. Sama macam kandungan sebelum ni. Awal jugak.

Bezanya, baby boy kali ni bambam macam michelin dah... Susu meriah sangat sampai dah tersedak sedak anakku, dan susu over supply. Tapi sekarang dah terkawal. KakSar berjaya kawal, sebelum beri baby minum kena pam duluan, dan ada cara nak slowkan production susu. Ada baik buruknya bila susu over sangat nih... Baiknya, baby kakSar bam bam. Yang tak bestya nak kena sentiasa pam. Kalau masa tak kena, masa tulah nak pam, baby nangis nak susu... Nangis dia takleh bincang wooooo

Ni anak dah keempat kakSr. So kali ni kakSar rasa lebih bersedia nak sambut dia. Lagi lagi ilmu penyusuan. Baca balik semua tips penting.

Dan kakSar tanam mindset. Pengalaman penyusuan ni senang dan mudah je dan I really enjoy myself kumpul ebm. Susu meriah kali ni. Nantilah kakSar share awatla meriah kobeno...

KakSar
90 hari pertama dah berlalu. Hoyeah. Macam macam berlaku. Yang penting anakku dah mula menyesuaikan diri dan mula senyum daahhhhh. Lega.. Sebab Isnin ni 14/10 kakSar dah masuk kerja


Sunday, July 15, 2018

Cuak bila kali pertama haid lambat selepas bersalin terbayang mengandung lagi?

KakSar ngeri.

Period tiba tiba lambat dekat 20 hari. Resah gelisah tahap melampau sampai stress.

Korang rasa?

Dah lah kakSar tengah stress tapi cuba salurkan stress ikut jalaan betul.

Bersyukur  bersujud, baca Al Quran buat kita tenang disamping bersenam dan gaya pemakanan yang baik.

Apa yang kakSar buat

Kurangkan makan manis dan merapu
Kerapkan Minum vivix dua kali sehari pagi petang
Solat awal waktu
Bersyukur
Serta bersenam.

Psst pregnancy test pun buat. Tapi 3 kali semua negatif. Tu yang tambah risau.

Sekarang, sudah legaaaa. Yahooooo. Selepas 20 hari okey.

Macam mana nak track period? KakSar install apps Flo. Alah cari je kat google player tu. Nanti jumpa. Takperlu guna kalendar nak catat. Online je.

Untuk cycle lambat ni dia kira 50 hari cycle.

Korang pernah rasa macam ni? Jom kongsi mongsi

Saturday, November 25, 2017

4 Sebab Kenapa Kak Sar menulis

Kenapa, kenapa da kenapa kakSar pilih untuk menulis? Sebilangan orang memang suka menulis kerana ingin meluahkan rasa yang terbuku di hati, apa yang difikirkan dan apa yang akan dilakukan.


Ada 5 sebab kak Sar suka nak menulis.
Yang pertama, kak Sar tak mahu terlupa apa yang telah kak Sar pelajari atau dapati. Ilmu, pengetahuan, pengalaman, hobi dan pelbagai perkara yang ingin dingati boleh dirakam dan disimpan sempurna termasuklah ucapan atau perkataan berbisa fuh..
Yang kedua, kakSar mahu tulisan kakSar ni dibaca oleh anak-anak sebagai kenangan ibu dia ketika masih hidup. Moga-moga catatan ini menjadi panduan termasuklah resepi, petua, doa dan pesan-pesanan yang boleh kakSar tinggalkan kepada mereka.
 Tiga perkara yang tidak akan putus daripada dunia ye anak-anak
  1. Ilmu bermanfaat
  2. Doa anak soleh dan solehah
  3. Sedekah
Yang ketiga, bercerita tentang ilmu bermanfaat, moga-moga tulisan kakSar ni boleh memberi kebaikan kepada pembaca. Salah satu cara untuk kaksar memberi kepada masyarakat kita.

Sebagaimana hadis

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Hadits ini dishahihkan oleh al Albani didalam “ash Shahihah” nya.

Yang keempat, kakSar nak rekodkan pengalaman hidup yang penting supaya boleh menghadapi pengalaman sama akan datang dengan lebih baik dan matang. 

Pembaca yang suka menulis blog, kome menulis sebab apa?

KakSar
Menulis rasa puas

Kami berlima sekeluarga

Okey. Kita sambung berkenalan.

Kak Sar asalnya orang Terengganu. Dah menetap di Selangor ni dah hampir 18 tahun. Whoaa. KakSar sendiri pun kagum weh. Hihihi

Kenapa lama sangat nih? ikut keluarga pindah ke?

Tidak. tidak. Tidak.

KakSar mula belajar di UKM sejak tahun 2000 lagi sampailah kakSar dapat kerja tetap d ibu kota. Sampai sekarang kakSar masih lagi bekerja di Syarikat tersebut, berkahwin dan beranak pinak pun.

Kalau nak cerita panjang sangatlah. Satu-satu kakSar cerita keh.

So, ahli keluarhga kakSar ada dalam 5 orang dah sekarang. Yang terbaru bulan Oktober baru ni lahir. Jadi, ada LIMA semuanya termasuk kakSar.

Berlima ni acah-acah beriadah di Setia Ecohill Playground. Cuba teka di mana baby A?


  1. Husband
  2. KakSar
  3. Anak Sulung nama Hannan aka Kakak
  4. Anak no 2 nama Mumtaz aka Adik
  5. Anak no 3 nama Aisy aka Baby A


Macam nak berlakon jek. ehh dunia ni kan pentas lakonan. Drama real atau fake je kan... Tapi kakSar punya drama dalam cerita kak Sar ni semua real. Pengalaman hokehhh

Oh lupa, mereka bertiga ni sebenarnya ada seorang Abang, Arwah Thakif Adam. Umur tak panjang, lepas lahir meninggal dunia. Allah pinjamkan sekejap je. Yang ni kalau nak cerita memang emosi sikit. Jadi sikit je kakSar sebut. Moga entry akan datang kakSar diberi kekuatan untuk cerita semuanya.

KakSar,
Berlima lebih baik